Senarai lawak terbaru


Doraemon movie doraemon melayu

SHAH ALAM: Doraemon nobita suneo giant dan sizuka dipercayai benar - benar wujud apabila seorang pemandu beca mendakwa telah berjumpa dengan sekumpulan budak-budak yang menyerupai watak-watak kartun animasi Jepun itu berdekatan dengan rumah mayat di sini semalam ketika pemandu beca itu sedang mengejar seekor ulat gong-gong. Seorang penasihat dari Kumpulan Pembela Orang Tua Cilaka(KPOTC) telah dikejarkan ke bilik mayat daerah berdekatan untuk dipukul kerana dikatakan penasihat itu telah mengendap Shizuka yang sedang menyalin stokin.

Ramai penduduk di sini berpendapat, kumpulan kanak-kanak yang disebut sebagai 'geng doraemon' itu seharusnya dibela nasib mereka dengan menghantar mereka ke rumah orang tua-tua agar mereka dapat menghabiskan usia muda mereka di sana. Namun begitu, keputusan itu dibantah keras oleh Nobita yang merasakan rumah kanak-kanak spastik lebih sesuai untuk mereka. Nobita yang juga pemegang gelaran 'manusia paling bangang di dunia' menyelar tindakan Doraemon yang disifatkan acuh tak acuh untuk memperjuangkan penghantaran mereka ke rumah kanak-kanak spastik.

Pertengkaran antara Doraemon dengan Nobita bertambah gawat apabila Giant dan Suneo yang disifatkan oleh Tok Kelampit yang kebetulan lalu di situ sebagai 'Bersultan di mata, beraja di hati' kerana mengadakan Rapat Umum menggesa penduduk setempat mencalonkan diri mereka sebagai ketua dan timbalan ketua Rumah Flat Baiduri. Shizuka yang masih menyalin stokin tidak mengendahkan perbuatan kurang hajar kawan-kawan yang lain sebaliknya beliau mendesak para penduduk untuk mencalonkan dirinya pula sebagai pegawai perikanan daerah Kuala Selangor.

Nobita terus terusan membangkitkan isu penghantaran dia dan kawan-kawannya ke Rumah Kanak-kanak spastik Tanjung Bidara manakala Doraemon hanya melihat dari kejauhan. Pertengkaran yang sangat dahsyat berterusan sehingga ke malam itu berjaya menarik perhatian pengkritik dari Sekolah Orang Buta yang tiba-tiba muncul dari sebuah pintu kecil menyerupai pintu suka hati Doraemon. Pertengkaran disambung lagi, kali ini di jamban Sekolah Orang Buta Shah Alam. Kira-kira 50 orang ahli sekolah orang buta itu telah memaki nobita dengan makian "Nobita bodoh, Nobita bodoh yek yek yek..." berulang kali sehingga mengundang kemarahan Nobita. Nobita yang berang dengan makian orang-orang buta itu terus menunjukkan kertas ujian beliau yang lalu yang mana memperolehi markah 100%.

Nobita (gambar) menunjukkan kertas ujiannya yang memperolehi
markah 100% kepada kumpulan dari Sekolah Orang Buta.

bebolakatak.blogspot.com
JanGaN lupe Komen ye?