Senarai lawak terbaru


Nak Cium Nurse



Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya...iya, saya masih single".

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"


KaTaK©: Ho ho ho Geli geleman ketiak aku! Silap-silap berlaga misai!
JanGaN lupe Komen ye?

Kisah tak bayar bil TNB



Suatu hari di sebuah rumah pasangan yang baru 4 bulan mendirikan rumah tangga, si isteri berbisik kepada suaminyanya tentang keadaan dirinya yang sudah 2 bulan lewat dari kedatangan haid.

Isteri: Abang, I dah 2 bulan lewat tau? I rasa I dah mengandunglah.
Suami: Betul ke? tapi kita kena pastikan betul-betul dulu, takut sebab lain.
Isteri: Iyelah sayang, Nanti kita check Doktor dulu ye, buat masa ni jangan cerita dengan siapa-siapa dulu. Kita mesti rahsiakan perkara ni!
Suami: Ok sayang, besok abang bawak sayang pergi klinik.

Maka mereka berpakat untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan orang lain. Petang itu datang seorang pegawai TNB ke rumah pasangan itu kerana terdapat tunggakan bil elektrik. Pegawai itu bertemu dengan si Isteri memandangkan suami tiada di rumah,

Pegawai TNB: Salam, ini rumah Encik Jonet ke?
Isteri: Ya saya, kenapa ye cik?
Pegawai TNB: Dalam rekod kami ni puan dah 2 bulan lewat, saya dah tak boleh tunggu lagi. Nanti bos saya marah.

Kerana tersangka pegawai itu bercakap mengenai periodnya yang sudah 2 bulan lewat, si isteri mengherdik pegawai TNB itu.

Isteri: Apa?!! Saya dah 2 bulan lewat pun awak tau?!! Macam mana awak boleh tau?!!
Pegawai TNB: Biasalah puan, sekarang ni zaman internet, semua benda kita boleh check online dalam internet!
Isteri: Melampau betul lah korang ni!! Nanti saya beritahu suami saya.
Pegawai TNB: (Pening) Relek puan, puan ni baru lewat 2 bulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan Kalau begitu saya pulang dulu puan...

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu, lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ...

Esoknya si suami (Jonet) terus mengambil cuti dan pergi ke pejabat TNB yang berdekatan dengan perasaan marah. Tanpa mempedulikan ramai pekerja dan pelanggan di pejabat TNB itu, Si suami terus mengherdik semua yang ada di situ!

Jonet: Korang ni buat kerja apa hah?!! Isteri aku lewat 2 bulan pun korang masukkan dalam internet! Bisnes apa korang buat ni? Nak kena saman ke?!!

Kebetulan pegawai TNB yang datang ke rumahnya semalam ada di situ, dia cuba menenangkan Jonet.

Pegawai TNB: Sabar encik Jonet, sabar... jangan kecoh-kecoh, perkara ni boleh settle, jangan marah-marah. Beginilah, encik bayar jelah habis cerita...
Jonet: Apa?!! ko nak aku bayar kau pulak?!! Jangan harap!! Blah lah!!
Pegawai TNB: Kalau macam tu kami terpaksalah potong encik punya...

Belum sempat pegawai itu menghabiskan ayat Si Jonet terus mengherdik!

Jonet: Amboi banyak cantik! Aku taknak bayar ko nak potong aku punya pulak? Habis bini aku kat rumah nak pakai apa?!!
Pegawai TNB: Taknak bayar Pakai LILIN ler...





KaTaK: Macam ini punya orang pun ada ke? Keh keh keh...
JanGaN lupe Komen ye?

Surat dari Arwah perokok tegar



Nama saye dulu Din(bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, sayeanak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas sedunia denganrekod 1.779 batang seminit.

Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.

Namun,pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar KL anjuran malboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari batu pahat menuju ke baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru,jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.



Yang benar,

din nage

JanGaN lupe Komen ye?

Gagasan Satu Malaysia!

Gagasan satu Malaysia yang kononnya diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat semakin mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat terutama remaja sekolah dan orang tua, meskipun berbeza fahaman politik. Malahan kini, tokoh pemimpin dari pihak pembangkang seperti Anwar Ibrahim juga turut sama memberikan reaksinya terhadap gagasan Satu Malaysia yang dibawa oleh Najib. Gambar-gambar berikut membayangkan kepada kita tentang kefahaman rakyat terhadap konsep 1 Malaysia Najib.






















JanGaN lupe Komen ye?

Upin satu kaki

Upin pernah mengalami kemalangan semasa bekerja sebagai guru tadika di afrika dahulu. Kakinya telah ditarik oleh anak-anak muridnya yang nakal sehingga mengakibatkan sebelah kakinya kudung. Namun begitu dia masih lagi mampu berjalan menggunakan sebuah kaki palsu yang dijumpainya di dalam hutan kira-kira 2 tahun lalu semasa dia sedang mencari cicak tokek untuk jirannya.



Upin pulang ke Malaysia awal tahun ini untuk melangsungkan perkahwinan dengan Midah, seorang gadis cantik anak Pak Seman seorang imam di kampung halaman Upin. Upin terpaksa merahsiakan keadaan kakinya yang tinggal satu, berikutan bimbang keluarga tunangnya mungkin akan menolak dirinya menjadi menantu keluarga mereka.

Selesai majlis perkahwinan, Upin masuk ke bilik untuk menjalankan misi bersama isterinya Midah. Sebelum memulakan langkah Upin berpesan kepada isterinya itu, "Sayang.... nanti kalau sakit jangan menjerit kuat-kuat ye, takut mak ayah terbangun!", Midah membalas, "Baiklah abang sayang". Beberapa minit menjalankan misi, Upin menanggalkan kaki palsunya kerana rimas.


Midah terperanjat lalu menjerit "Mak! Tolong! Tolong! Abang Upin satu kaki!", jeritannya mengejutkan ibunya di bilik sebelah. Tidak lama kemudian terdengar suara ibunya mencelah, "Wow, eloklah tu! Bapak kau dulu tiga inci je! Semoga bahagia ye Midah..."

Upin dan rakan-rakannya yang sedang bermain bola di Afrika

JanGaN lupe Komen ye?

Kera di hutan disusukan anak di rumah?

Kalau di negara kita Malaysia, "peribahasa kera di hutan disusukan" memberi maksud seseorang yang mengutamakan orang lain lebih dari keluarga sendiri sesuai dengan sambungan peribahasa tersebut yang berbunyi "...anak di rumah mati tak makan". Dek kerana terlalu mengutamakan orang luar, sehingga terlupa darah daging sendiri yang "mati tak makan". Namun begitu hal ini berbeza di sebuah tempat lain di luar negara, kera dan anak disusukan bersama-sama. Inilah kasih ibu manusia, merangkap ibu kera....










JanGaN lupe Komen ye?

Lagi karangan budak bangang

Dah lama betul rasanya KaTaK tak update BloG Bebolakatak (BK) ni, kali ni jom kita layan sebuah karangan bangang yang diambil dari buku latihan Bahasa Melayu seorang budak cina yang bongok. Dengar khabarnya cikgu yang menanda buku latihan budak bangang ni pun dah jadi sewel kerana terpaksa berhadapan dengan segerombolan budak-budak bangang di kelas beliau. berikut karangan yang dimaksudkan, Layan....





JanGaN lupe Komen ye?

Mautan pantang?

Ini mesti kes salah tulis pastu malas nak ubah semula hahaha... Mungkin yang tulis ni bukan orang Melayu jadi dia ingat dah betul sangatlah tu...




bebolakatak.blogspot.comJanGaN lupe Komen ye?

Doraemon movie doraemon melayu

SHAH ALAM: Doraemon nobita suneo giant dan sizuka dipercayai benar - benar wujud apabila seorang pemandu beca mendakwa telah berjumpa dengan sekumpulan budak-budak yang menyerupai watak-watak kartun animasi Jepun itu berdekatan dengan rumah mayat di sini semalam ketika pemandu beca itu sedang mengejar seekor ulat gong-gong. Seorang penasihat dari Kumpulan Pembela Orang Tua Cilaka(KPOTC) telah dikejarkan ke bilik mayat daerah berdekatan untuk dipukul kerana dikatakan penasihat itu telah mengendap Shizuka yang sedang menyalin stokin.

Ramai penduduk di sini berpendapat, kumpulan kanak-kanak yang disebut sebagai 'geng doraemon' itu seharusnya dibela nasib mereka dengan menghantar mereka ke rumah orang tua-tua agar mereka dapat menghabiskan usia muda mereka di sana. Namun begitu, keputusan itu dibantah keras oleh Nobita yang merasakan rumah kanak-kanak spastik lebih sesuai untuk mereka. Nobita yang juga pemegang gelaran 'manusia paling bangang di dunia' menyelar tindakan Doraemon yang disifatkan acuh tak acuh untuk memperjuangkan penghantaran mereka ke rumah kanak-kanak spastik.

Pertengkaran antara Doraemon dengan Nobita bertambah gawat apabila Giant dan Suneo yang disifatkan oleh Tok Kelampit yang kebetulan lalu di situ sebagai 'Bersultan di mata, beraja di hati' kerana mengadakan Rapat Umum menggesa penduduk setempat mencalonkan diri mereka sebagai ketua dan timbalan ketua Rumah Flat Baiduri. Shizuka yang masih menyalin stokin tidak mengendahkan perbuatan kurang hajar kawan-kawan yang lain sebaliknya beliau mendesak para penduduk untuk mencalonkan dirinya pula sebagai pegawai perikanan daerah Kuala Selangor.

Nobita terus terusan membangkitkan isu penghantaran dia dan kawan-kawannya ke Rumah Kanak-kanak spastik Tanjung Bidara manakala Doraemon hanya melihat dari kejauhan. Pertengkaran yang sangat dahsyat berterusan sehingga ke malam itu berjaya menarik perhatian pengkritik dari Sekolah Orang Buta yang tiba-tiba muncul dari sebuah pintu kecil menyerupai pintu suka hati Doraemon. Pertengkaran disambung lagi, kali ini di jamban Sekolah Orang Buta Shah Alam. Kira-kira 50 orang ahli sekolah orang buta itu telah memaki nobita dengan makian "Nobita bodoh, Nobita bodoh yek yek yek..." berulang kali sehingga mengundang kemarahan Nobita. Nobita yang berang dengan makian orang-orang buta itu terus menunjukkan kertas ujian beliau yang lalu yang mana memperolehi markah 100%.

Nobita (gambar) menunjukkan kertas ujiannya yang memperolehi
markah 100% kepada kumpulan dari Sekolah Orang Buta.

bebolakatak.blogspot.com
JanGaN lupe Komen ye?

Roomate gila



Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

bebolakatak.blogspot.com
JanGaN lupe Komen ye?